my cute followers :)

relationship can be relationSHIT


DULU hatiku banyak kali telah dihancurkan.. banyak masa untuk aku mengubatinya... akhirnya suatu hari.. aku terlampaau "DOWN" .. kemudian muncul seorang hamba Allah yang baik hati.. sejak berkenalan dengan dia.. hati aku perlahan-lahan semakin sembuh.. sampai satu tahap.. hati aku betul-betul sembuh dan aku tak ingin dilukai lagi..

HAMBA ALLAH ini telah banyak menyedarkan aku.. mengubahkan aku... tapi sampai satu masa.. dia terpaksa pergi.. terpaksa korbankan masa denganku hanya untuk masa depannya.. masa tu air mata aku turun.. KENAPA? kerana aku takut kehilangan dia.. 

LAMA kelamaan.. jarak antara aku dengan dia agak sedikit renggang .. bila kau cakap "BUSY" ok. aku mengerti kau busy dengan kerja-kerja.. aku cuma memahami kau.. walaupun aku tahu kau tidak la sesibuk seperti yang kau katakan... pada suatu ketika.. telefon ku berbunyi..
 "mana si *****?" 
aku menjawab.. "tadi baru lepas call.. dia cakap dia busy buat assignment" 
lalu yang berada di talian berkata "busy assignment? assignment apa..? dia tengah main gitar la"...

terkedu aku seketika..aku tenangkan hati aku.. biarlah dia bersama teman-temannya... lama kelamaan ..aku sudah kalis dengan perangainya.. sampailah dia terpaksa pergi ke Perak untuk satu perlawanan .. hati ini gelisah tatkala dia pergi.. tidak henti-henti doa supaya perjalanan nya selamat...

CUTI telah tiba .. hati aku bukan kepalang gembira.. aku mengharapkan dia ada waktu untuk aku..seperti aku mengenalinya dulu.. tapi.. harapan ku meleset.. tatkala aku merasakan diri ini DIABAIKAN.. selalu dia cakap dia busy.. hmm cuti pun busy? ok aku faham.. tapi bila aku membuka laman sosial.. ternyata dia sedang on9... remuk hatiku...

dipendekkan cerita.. baru-baru ini aku cuba untuk slowtalk dengannya tentang kami.. tapi dia hanya diam .. panggilan serta mesej aku langsung tidak dijawab.. aku cuba post dan tag .. akhirnya kami bertengkar.. 2 hari dia menyepi.. lalu aku dapat tahu dia banyak masalah.. aku tahu salah aku.. aku memohon maaf .. tapi maaf ku sia-sia... langsung tiada respond .. di dalam keadaan keruh begini.. dia sempat lagi menggatal dengan perempuan lain dan dia langsung tidak mengaku yang aku ini pasangannya.. bila aku ingin kan penjelasan... dia hanya mendiamkan diri...

kenapa perlu begini...? awak sanggup tengok saya merana ke awak? pelbagai cara untuk perbaiki hubungan kita... sedangkan.. awak hanya mampu berdiamkan diri.... hanya AIRMATA serta DOA yang selalu megiringi hari-hari saya... awak .. TERIMA KASIH.. saya selalu mendoakan hubungan kita untuk kembali kepada asal... 

2 comments:

ieyka_shahidan said...

sabar eh , situasi awk sme mcm sy dulu . end up hubungn putus mcm tu . .almost setahun sy diabaikan dulu . . last2 ternyata da sebulan cple dgn pmpuan lain b4 putus . skit mmg yela~ ap2 pn kita as pmpn kene kuat .jgn tnjuk lemah . pasti one day dia kmbali pd kia coz dia nyesal .

Red MyzWasabi said...

thnks to ieyka_shahidan ..
saya cuba utk kuatkan semangat... sy sentiasa berdoa agar dia kembali kpd sy. mgkin ianya xmugkin terjadi. thnx skali lg atas nasihat awk . :)

pengintip