my cute followers :)

bacalah wahai temanku

Assalamualaikum..

bacalah wahai temanku...
di dalam miniti sisa-sisa kehidupan ini.. bukan pujian dari mu aku inginkan... bukan balasan yang aku harapkan.. aku hanyalah sekadar manusia biasa.. yg xpernah lari dari melakukan kesilapan.. sejujurnya mungkin perangai ku agak teruk.. kdg kdg aku menyakitkan serta myinggung perasaan mu tanpa aku myedari. 

temanku..
aku tahu aku tidak pernah dihargai.. aku tahu aku sering kali tersisih.. tapi aku tetap senyum menghadapinya.. aku tahu.. aku tidaklah sebaik mu.. aku tidaklah sehebatmu.. aku tidaklah sebijak dirimu.. tapi izinkan aku mengembirakan dirimu tatkala dirimu di dalam kesedihan walaupun aku tahu dirimu tidak pernah perlukan aku..

tahukah temanku..
aku cuba untuk menghiburkan diriku dengan gaya ku sendiri.. bukan aku tidak mahu mendengar nasihatmu.. tapi.. biarlah diri ini bersendirian berhibur dengan apa yang aku minat kerana tiada sesiapa yg pernah memahami diri ini.. aku berhibur dengan lukisan serta muzik.. dimana ianya adalah minatku serta jiwaku. tapi kalian tidak memahami. setiap kali aku menghasilkan lukisan.. ianya bukan hanya lukisan kosong tapi pernuh dengan luahan rasa hati ni.. setiap kali aku mendengar muzik.. ianya bukan muzik kosong tapi ianya penuh dengan maksud tersurat serta tersirat.

temanku..
maafkan diri ini.. semoga apa yang kalian impikan akan tercapai.. sebelum ku mengundur diri.. izinkan ku memohon seribu keampunan serta kemaafan dari kalian.. diriku ini adalah insan biasa yang hanya mampu melihat warna warni kehidupan di dunia ni.. Selamat Malam 




-7April2014, 1:35AM-

No comments:

pengintip